Tuesday, March 3, 2009

Tahniah: PDRM telah maju setapak ~ Malaysiakini


Peristiwa hari ini merupakan satu sejarah tercipta di Dunia kerana sidang DUN Perak telah berjaya bersidang di bawah satu Pokok. Walaupun mendapat pelbagai halangan daripada FRU & Pendekar bujang lapok, DUN yang bersidang hari ini berjaya meluluskan 2 usul. Mungkin sekali pandang peristiwa ini melucukan, tetapi bila diamati betul-betul, inilah hakikat / petanda demokrasi di Malaysia akan terkubur...

Tetapi sedang sibuk peristiwa ini berlaku pagi tadi, PDRM juga telah melangkah selangkah ke hadapan iaitu SB-SB telah mengguna teknologi bagi merakam 'Samseng kampung dusun' yang melontar batu dan botol air kearah (klik)ADUN pakatan rakyat tadi dengan menggunakan Teknologi terkini...

Teknologi yang dimaksudkan ialah SPY PEN. Pen ini berupaya merakam kejadian-kejadian yang terjadi tanpa pengetahuan Umum. Pagi tadi kebanyakan SB-SB yang berada di sekitar bangunan SUK Perak kelihatan mempunyai SPY PEN... TAHNIAH PDRM..semoga penjenayah akan berkurangan.

[ Pesanan penaja : Apa guna Teknologi kalu tak dapat tangkap penjenayah... Semoga teknologi yang ada bukan sahaja untuk tangkap penyokong PR]

Siasat Laporan Awal Bedah Siasat Kugan...






A Kugan mati akibat 'teruk dibelasah'
Mar 3, 09 5:47pm
Laporan bedah siasat bebas yang dilakukan oleh seorang pakar patologi atas permintaan keluarga A Kugan, menunjukkan tahanan polis itu mati akibat kegagalan buah pinggang, akibat teruk dibelasah.

Menurut laporan bedah siasat kedua itu, akibat dibelasah, sel-sel otot Kugan gagal berfungsi, dan keadaan ini mengakibatkan aliran darah tersekat, dan seterusnya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi.

Terdapat satu lakaran yang menunjukkan bahawa Kugan mengalami pendarahan dalaman yang serius akibat teruk dibelasah.

Laporan bedah siasat bebas itu dilakukan selepas keluarga mangsa tidak berpuashati dengan laporan bedah siasat awal di Hospital Serdang bahawa Kugan mati akibat terdapat cecair di dalam paru-parunya.

Kugan mati ketika disoal siasat dalam tahanan polis pada 20 Januari lalu. Sebelum kematiannya, mangsa ditahan lima hari berhubung kes kecurian kereta mewah.

Keputusan laporan bedah siasat itu didedahkan oleh ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini.

Himpunan 100 Ribu Bantah PPSMI...



Jom. Kita Kemukakan Usul Tergempar Dalam Mana-mana Mesyuarat Agung PIBG Bagi Membantah Perlaksanaan & Penerusan Projek PPSMI. Selamatkan Rakyat Malaysia Dari Dijajah Oleh Pemikiran Jahat Pemimpin-Pemimpin UMNO. Mari kita genapkan kehadiran 100 ribu di hadapan Istana Negara pada 7 Mac 2009 Jam 2.30 petang. Jaga disiplin dan ikut arahan pimpinan dari masa ke semasa...

Budak tu muncul lagi...



Jangan pedulikan dia... Walau Ayah Pin pun yang muncul, fokus kita tetap kepada tragedi rampasan kuasa di Perak.

Rakaman Video Sidang DUN Perak Di Bawah Pokok.



Meskipun di halang oleh polis dan penyokong Barisan Nasional, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak tetap mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri di bawah sebatang pokok, dalam serba kekurangan tetapi menepati semua peruntukan perlembagaan.

Segala jentera Barisan Nasional, malah penyokong UMNO sendiri dikerah untuk menghalang sidang tergempar itu. Bangunan Perak Daruk Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri di tutup sejak semalam dalam usaha membatalkan siding tergempar berkenaan.

Namun Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Speaker DUN V.Sivakumar dan ADUN-ADUN PAS, Keadilan dan DAP mengharungi semua kekangan itu untuk menegakkan kuasa perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri. ...

Monday, March 2, 2009

Ketegangan di Perak. Suatu Percaturan Jahat.

Bagai dijangka, Sidang Tergempar DUN Perak dihambat seribu kepayahan. Persidangan yang terpaksa dijalankan di bawah sepohon pokok tidak jauh dari Bangunan Perak Darul Ridwan telah menyaksikan 3 usul diterima sebulat suara. Dunia demokrasi sekali lagi merakamkan suatu lakaran sejarah bagaikan suatu janji setia berlaku untuk memperteguhkan komitmen mereka di dalam mempertahankan maruah dan harga diri rakyat Perak. 28 ADUN berjanji setia untuk menegakkan keadilan dan menuntut suara rakyat diperhalusi. Biarpun ianya berbeza dengan Bai'atul Aqabah namun manifestasinya adalah untuk suatu perjuangan bagi merealisasikan alternatif kecintaan mereka terhadap sistem negara yang diporakpurandakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Benarkan YAB Dato' Seri Nizar mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan tanpa sebarang gangguan. Izinkan Speaker Sivakumar mempersembahkan resolusi sidang tanpa tekanan yang melampau. Rakyat Perak tetap setia. Ke Bawah Duli Tuanku Sultan juga pasti mengharapkan situasi kondusif kembali mewarnai negeri Perak. Rakyat tidak sekali-kali memusuhi istana. Namun UMNO/BNlah yang mengemudi situasi ini. Mereka mengharapkan ketegangan. Kekecohan. Kerakusan kuasa. Semuanya kerana kegelojohan moral yang terbias akibat perancangan jahat seorang mentornya yang kemarut kuasa.

Dalam andaian saya, dengan harapan ianya tidak akan berlaku. Adalah suatu yang tidak mustahil ketakutan UMNO/BN untuk berhadapan dengan rakyat akan diterjemahkan melalui suatu operasi tangkapan di bawah akta rimba ISA. Atau mungkin pengistiharan darurat dilaksanakan.

PDRM, SPRM, SPR, JPN, JKR, JPM dan tidak ketinggalan JKKK dilihat amat berpehak. Mereka membutakan mata dari melihat secara objektif.

Bukalah pita persidangan DUN Perak. Saksikan betapa samsengnya ADUN UMNO yang berlagak tanpa akhlak tanpa adab. Speaker diherdek dan dimaki dengan diketuai oleh Mantan MB dan MB haram BN Perak masa kini. Mereka lupa pita rakaman itu akan menjadi bahan sejarah untuk tatapan zaman berzaman.

Daulat Tuanku. MB Patik Mohon Mengadap...