Tuesday, March 3, 2009
Siasat Laporan Awal Bedah Siasat Kugan...
A Kugan mati akibat 'teruk dibelasah'
Mar 3, 09 5:47pm
Laporan bedah siasat bebas yang dilakukan oleh seorang pakar patologi atas permintaan keluarga A Kugan, menunjukkan tahanan polis itu mati akibat kegagalan buah pinggang, akibat teruk dibelasah.
Menurut laporan bedah siasat kedua itu, akibat dibelasah, sel-sel otot Kugan gagal berfungsi, dan keadaan ini mengakibatkan aliran darah tersekat, dan seterusnya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi.
Terdapat satu lakaran yang menunjukkan bahawa Kugan mengalami pendarahan dalaman yang serius akibat teruk dibelasah.
Laporan bedah siasat bebas itu dilakukan selepas keluarga mangsa tidak berpuashati dengan laporan bedah siasat awal di Hospital Serdang bahawa Kugan mati akibat terdapat cecair di dalam paru-parunya.
Kugan mati ketika disoal siasat dalam tahanan polis pada 20 Januari lalu. Sebelum kematiannya, mangsa ditahan lima hari berhubung kes kecurian kereta mewah.
Keputusan laporan bedah siasat itu didedahkan oleh ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment