Sunday, March 1, 2009
OKU serang OKU dan Zambry, teh tarik satu!
Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mungkin antara ahli politik yang paling cepat popular dalam negara ini. Namanya semakin menjadi sebutan. Setiap hari, entah berapa ribu kali namanya disebut. Saya rasa, nama Dr Zambry semakin menjadi household name (Gambar ihsan The Nut Graph).
Bagai biasa, pagi ni saya minum teh tarik di Restoran Thaqwa dekat Taman Melewar tu. Nampaknya semakin ramai yang tidak lagi memanggil dengan panggilan Mamak di restoran itu. Semakin ramai yang tidak lagi menyebut, "Mamak! Teh tarik satu!"
Dah tak cakap lagu tu dah.
Nampaknya semakin ramai yang dok panggil "Zambry! Teh tarik satu!" Saya pun tumpang sekaki la. Tengah-tengah dok minum teh tarik tu teringin pulak nak makan roti canai bila tengok Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman makan roti telur (time sidang Parlimen, dekat hari-hari saya minum pagi dengan dia. Dia pun kira dah jadi orang kampung kami dah di sekitar Melewar ni).
Saya pun mintak la roti, "Zambry! Roti kosong satu!" Lepas tu, saya dengar orang yang nak suruh Mamak tu kira ramai yang panggil "Zambry, mari kira!"
Apa pun, setakat ni saya tak dengar lagi orang panggil "Dr Zambry! Teh tarik satu!" Sebagai penghormatan dan tanda persaudaraan dengan Mamak-Mamak yang setiap hari dok masak dan hidang makan minum kat saya, saya berazam nak panggil dengan panggilan yang lebih hormat dan berstatus lagi kepada mereka. Saya akan panggil, "Dr Zambry! Teh tarik satu!"
Tadi, saya juga mendengar cerita OKU serang OKU (orang kurang upaya) di Parlimen. Ramai juga yang bercerita tentang kira-kira 20 atau 30 OKU menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (orang kurang upaya) yang berumur 69 tahun itu.
Balik rumah, saya pun bagi tau kat isteri saya, dengan pertolongan Allah jua, saya harap kami sekeluarga dan orang-orang Islam seluruhnya (bila kita berdoa, jangan lupa sambung wa li jami'il Muslimina wal Muslimat - mudah-mudahan maqbul doa kita sebab kita berdoa untuk semua orang Islam) tidak diuji oleh Allah dengan menjadi OKU (orang kurang upaya). Tetapi, kalau Allah nak uji juga, kita redha. Dan, oleh kerana itu jugalah kita mesti meningkatkan rasa muhibbah, simpati dan empathy (memahami dan berkongsi perasaan dan emosi orang lain) kita kepada OKU (orang kurang upaya).
Saya juga merayu sungguh-sungguh kepada Allah agar melindungi dan menjauhkan keluarga dan seluruh keturunan saya dari menjadi OKU. Na'uzubiLlahi min zalik!
Nampaknya, antara syarat utama nak jadi OKU sekarang ialah kena berani mengepung dan menyerang OKU (orang kurang upaya) yang berumur hampir 70 tahun. Kena pandai main gutter politics atau politik longkang. Ya Allah! Saya hamba-Mu yang hina dan berdosa ini merayu sungguh-sungguh tolonglah lindungi keluarga dan seluruh keturunan saya serta Muslimin Muslimat dari menjadi OKU (orang kuat Umno)! WaLlahi! WabiLlahi! WataLlahi! Demi diri-Mu, ya Allah!
Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment