Bagai dijangka, Sidang Tergempar DUN Perak dihambat seribu kepayahan. Persidangan yang terpaksa dijalankan di bawah sepohon pokok tidak jauh dari Bangunan Perak Darul Ridwan telah menyaksikan 3 usul diterima sebulat suara. Dunia demokrasi sekali lagi merakamkan suatu lakaran sejarah bagaikan suatu janji setia berlaku untuk memperteguhkan komitmen mereka di dalam mempertahankan maruah dan harga diri rakyat Perak. 28 ADUN berjanji setia untuk menegakkan keadilan dan menuntut suara rakyat diperhalusi. Biarpun ianya berbeza dengan Bai'atul Aqabah namun manifestasinya adalah untuk suatu perjuangan bagi merealisasikan alternatif kecintaan mereka terhadap sistem negara yang diporakpurandakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Benarkan YAB Dato' Seri Nizar mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan tanpa sebarang gangguan. Izinkan Speaker Sivakumar mempersembahkan resolusi sidang tanpa tekanan yang melampau. Rakyat Perak tetap setia. Ke Bawah Duli Tuanku Sultan juga pasti mengharapkan situasi kondusif kembali mewarnai negeri Perak. Rakyat tidak sekali-kali memusuhi istana. Namun UMNO/BNlah yang mengemudi situasi ini. Mereka mengharapkan ketegangan. Kekecohan. Kerakusan kuasa. Semuanya kerana kegelojohan moral yang terbias akibat perancangan jahat seorang mentornya yang kemarut kuasa.
Dalam andaian saya, dengan harapan ianya tidak akan berlaku. Adalah suatu yang tidak mustahil ketakutan UMNO/BN untuk berhadapan dengan rakyat akan diterjemahkan melalui suatu operasi tangkapan di bawah akta rimba ISA. Atau mungkin pengistiharan darurat dilaksanakan.
PDRM, SPRM, SPR, JPN, JKR, JPM dan tidak ketinggalan JKKK dilihat amat berpehak. Mereka membutakan mata dari melihat secara objektif.
Bukalah pita persidangan DUN Perak. Saksikan betapa samsengnya ADUN UMNO yang berlagak tanpa akhlak tanpa adab. Speaker diherdek dan dimaki dengan diketuai oleh Mantan MB dan MB haram BN Perak masa kini. Mereka lupa pita rakaman itu akan menjadi bahan sejarah untuk tatapan zaman berzaman.
Daulat Tuanku. MB Patik Mohon Mengadap...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment