Tuesday, March 24, 2009

Sepatutnya Haramkan Rosmah Keluar Rumah, Bukan Haramkan Pengeluaran Harakah




Apa salahnya Harakah!!! Setakat berdosa kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO yang sering bergelumang dengan dosa dan noda bukanlah alasan untuk KDN mengharamkan penerbitan Harakah walaupun dalam edah 3 bulan.

Bukankan Harakah berjaya membentuk aliran pemikiran murni rakyat Malaysia sehingga dengan bantuannya 100 ribu rakyat keluar untuk berarak ke Istana Negara menuntut sistem & perjalanan pilihanraya yang BERSIH.

Bukankah dengan pengedaran fikrah Harakah, 100 ribu rakyat berhimpun untuk berarak ke Istana Negara bagi menyatakan bantahan terbuka terhadap PPSMI.

Bukankah Harakah berjaya menyedarkan rakyat tentang kebobrokan pemimpin-pemimpin UMNO dalam mentadbirurus negara sehingga protes rakyat telah memberi impak terbesar dalam catatan sejarah yang mengakibatkan tumbangnya 5 kerajaan negeri BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 12 yang lalu.

Bukankah Harakah antara yang berjaya mewujudkan budaya Etika Kewartawanan & Persuratkhabaran yang telus, berani, komprehensif dan kompetetif berbanding media lain yang ditelanjangi dan diliwati UMNO/BN saban hari.

Bukankah Harakah yang berjaya melahirkan rakyat yang sedar dan sentiasa ingat betapa pembohongan pemimpin-pemimpin UMNO bukan sahaja kepada rakyat jelata tetapi menular ke dalam urat nadi anggota-anggota UMNO untuk diwarisi.

Bukankah dalam ucapan perasmiannya, Najib secara terbuka mengajak Wanita, Pemuda & Puteri UMNO terus komited mengibarkan bendera panji-panji kebenaran dengan meninggalkan segala sifat mazmumah bagi digantikan dengan sifat mahmudah.

Bukankah dia sudah mula berbohong sebelum bertakhta di kerusi Presiden? Jika sifat itu yang nak diterapkan kenapa ianya tidak bermula dengan dirinya. Isunya; mengapa harus mengajak anggota UMNO berubah tetapi lupa tentang persekitarannya yang memualkan. Taubat bukanlah suatu lakonan walaupun rintihan itu di kamar Masjidil Haram. Menyaksikan sekeping potret yang pernah disaksikan juta mata rakyat tentang orang yang berada di belakang tokoh yang akan memimpin parti purba lewat Rabi'ul Awwal 1430 Hijriah sehingga dengannya terdetik dihati rakyat :
Bukankah lebih afdhal zaujahnya itu beristirehat sahaja di mahligainya nanti, menjejaki rangkaian dan deretan isteri-isteri solehah seumpama Fatimatul Zahra', merapikan ikatan rambutnya, mewangikan dirinya dengan semburan atar Makkah maupun pewangi Monggolia lambang kesetiaan menanti kepulangan suami yang pasti kepenatan. memanjangkan ungkapan taubatnya kepada Allah, bermuhasabah tentang dirinya dan dosa-dosa suaminya, sekaligus merencanakan laluan taubat yang masih terbuka untuknya.
Bukankah wajar ada seorang penasihat yang boleh menasihati kesesatan pemikirannya... Atau institusi yang boleh memfatwakan perlakuannya...
Apapun ungkapannya, adalah lebih wajar KDN meneliti kewajaran menggantung penerbitan Harakah yang telah banyak menyumbang jasa untuk rakyat. Atau ada pihak yang lebih selesa untuk terus membiarkan pergerakan Woman Of The Year itu bebas ke hulu dan ke hilir mewarnai sesuatu yang diluar urusannya...

1 comment:

Adrian L said...

This is a great post, thanks for writing it