Tuesday, November 10, 2009

"Fokus Kepada Musuh"


Kemelut yang cuba dicipta oleh musuh untuk memecahkan kekuatan PAS telah berlaku zaman berzaman. Dasar 'pecah & perintah' sudah menjadi amalan mereka setelah usaha awalan gagal. Seperti yang pernah diungkapkan oleh al Qardhawi bahawa musuh akan menggunakan pendekatan kekuatan persenjataan setelah mereka gagal melalui kaedah berhujjah.

Umum mengetahui bahawa bagi PAS bukanlah suatu yang asing untuk meredah kepayahan di zaman PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat menguasai 5 buah kerajaan negeri. Dalam erti kata lain, jika PAS mampu melalui proses ujian yang panjang dengan segala kekurangan, kelemahan di saat menjaga kaunter pembangkang, inikan pula waktu kita di premis kerajaan.

Cuma wujud kebimbangan, mampukan kita menghadapi ujian gelombang kekuasaan. Seorang teman pernah menyatakan kekhuatirannya di saat kita mula mengenali ruang-ruang kemewahan di kiri dan kanan jalan. Namun jika iman dan aqidah yang dibajai oleh jamaah dijadikan landasan kehidupan samada oleh para pengikut mahupun pimpinan maka neraca kekhuatiran itu akan meleset.

Kerana itu, fokus kita mestilah tepat kepada sasaran. Musuh harus dihadap dengan dua pendekatan. Samada menelusuri mereka dengan kemulian dakwah atau menggempur mereka dengan seluruh kekuatan hujjah.

Sangat tidak munasabah jika kita asyik menghalakan suluhan kita ke arah sahabat-sahabat seperjuangan. Jika ianya bermaksud untuk memperbaiki dan menjaga solidariti perjuangan sememangnya ia wajar. Namun andainya wujud kebejatan dan elimen kesyaitanan, sayugialah Allah lindungi jamaah ini dan menapis antah-antah dan hama yang ada. Kemuncut yang melekat itu akan kita kikis dengan pisau yang tajam atau mencabutnya bagaikan menarik sehelai rambut di dalam gumpalan tepung...

1 comment:

DR 1221 said...

salam
di bumi bertuah ini kita dapat melakukan amal ibadat tanpa sekatan, saudara sampai ke seberang untuk menderma, ini menunjukkan barakahnya malaysia. kita mungkin tidak dapat menikmati semua ini sekiranya berada di mana2 negara dewasa ini lebih2 lagi ketika di mana zaman jahiliah, beribadat akan diseksa, itupun saudara masih menggambarkan golongan yg saudara tidak berkenan sebagai musuh yg perlu ditentang ?
jika itulah pendirian saudara, sekali saudara menentang, 1000X ana menghentam. negara ini kita jaga baik2 dari anasir2 jahat yg bakal merosakkan kepincangan hidup kita dan menghanyutkan segala apa yg telah dimiliki kini sehingga kita berada di level yg selesa sebagaimana yg saudara rasai kini